PELAKON Cerita Hantu Malaysia, Leez Rosli dan vokalis Drama Band, Aepul bakal bernikah Sabtu ini selepas mengikat tali pertunangan pada 11 Disember tahun lalu.
Namun majlis resepsi pasangan ini akan diadakan Februari depan ekoran tuntutan jadual kerja masing-masing yg begitu padat bulan depan.
Memetik laporan media, Leez memberitahu majlis pernikahan mereka sudah beberapa kali tertangguh gara-gara jadual kerja mereka.
“Untuk tidak buang masa, kami segerakan dulu perkara yg wajib iaitu nikah,” katanya.
Sementara itu, melalui lama mikro Twitter malam tadi, Aepul akui berdebar menanti Sabtu ini.
“Zaman bujang berbaki tiga hari lebih lagi. Berdebarlah pula,” tulis penyanyi itu.
Apapun tahniah buat pasangan Leez AF4 & Aepul. Semoga pernikahan kalian berdua dirahmati Allah Taala. Insyallah AMIN!
0 Komentar untuk "TAHNIAH: Leez AF4 & Aepul Drama Band Nikah Sabtu Ini"