
KEJAM!! Pasangan suami isteri dan seorang wanita
yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat telah melakukan suatu jenayah yang
tidak boleh diterima akal apabila membunuh 2 orang wanita serta menggunakan
cebisan daging mereka untuk membuat pai. Ketiga-tiga merka juga turut menjual sebahagian daripada pai berkenaan yg didakwa mengandungi
inti tuna dan ayam kepada jiran dan beberapa premis termasuk sekolah di bandar
Garanhuns.
Perbuatan kejam Jorge Beltrao Negromonte da
Silveira, Isabel Cristina Pires dan Bruna Cristina Oliveira yang dipercayai
perempuan simpanan Silveira terbongkar selepas mereka cuba menggunakan
kad kredit milik salah seorang daripada mangsa, April tahun
lalu.
Susulan daripada itu, pihak Polis segera menyerbu rumah mereka
dan telah menjumpai sesuatu yang mengemparkan iaitu mayat dua orang wanita dalam
keadaan yang mengerikan dan tidak sempurna.
"Sebuah jurnal setebal 50 muka surut berjudul Revelations of a
Schizophrenic (Pendedahan penghidap skizofrenia) yang ditulis Silveira turut
ditemui ketika serbuan itu dilakukan," jelas jurucakap
polis.

Silveira turut mendedahkan semasa disoalsiasat kononnya mereka
adalah pengikut ajaran sesat yang melakukan 'penghapusan' di dunia dalam usaha
untuk mengurangkan populasi manusia.
Dia mendakwa sering mendengar suara selain obses membunuh
wanita.
Ketiga-tiga tertuduh mengaku memperdaya ramai wanita ke rumah
mereka dengan menjanjikan tawaran pekerjaan sebagai pengasuh antara 2008 dan
2012.
Mereka dihadapkan di mahkamah dan jika didapati bersalah,
ketiga-tiga tertuduh bakal dikenakan hukuman penjara 30
tahun.
Sumber: dailymail
0 Komentar untuk "Pasangan Kanibal Kejam, Bunuh 2 Wanita, Buat Pai Guna Daging Mangsa dan Jual Kepada Sekolah.."