malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP!!! Scha Alyahya Tak Kisah Kritikan Negatif Peminat


Pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari pernah ditempelak kerana dikatakan terlalu mendedahkan anak mereka di laman sosial.

Tidak cukup dengan mempunyai akaun Instagram sendiri, Lara Alana kini sudah memiliki akaun Facebook pula. Namun Scha mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan kata-kata negatif tidak berasas yg dilemparkan kepada mereka.

“Memang kita akan menerima komen positif serta negatif apabila membuat keputusan untuk membuka akaun sosial untuk Lara yang masih berusia empat bulan. Saya enggan terlalu ambil kisah kritikan tanpa asas kerana majoritinya meminta perkembangan terbaru mengenai Lara."

"Kami berdua sepakat untuk membuka akaun Facebook milik Lara kerana terlalu banyak akaun palsu yg menggunakan nama Lara. Kami tidak mahu sesetengah pihak mengaut keuntungan menggunakan akaun palsu itu."

"Manakala Instagram pula dijadikan sebagai jurnal buat Lara untuk tatapannya apabila besar kelak,” ujar Scha ketika ditemui dimajlis pelancaran drama komedi bersiri 3 Campur 2 di Souled Out Ampang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Scha, secara tidak langsung pendedahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada Lara kerana terlalu dikenali umum diusia yg masih kecil lagi. Namun dia dan suaminya akan memantau serta memastikan pendedahan itu mempunyai batasan.



Selain itu, Scha juga mengakui yang dia semakin beremosi sejak bergelar ibu yang mana dia turut menitiskan airmata semasa Fynn Jamal mendendangkan lagu Arjuna Beta di Separuh Akhir Muzik Muzik baru-baru ini.

“Saya mengakui jiwa saya cepat tersentuh sejak bergelar ibu ini. Saya sedikit sebanyak dapat menyelami lagu tersebut menerusi klip video yang dipaparkan mengiringi lagu tersebut yang menjadikan saya sebak."

"Saya juga tidak menerima sebarang tawaran yang memerlukan saya ‘outstation’ kerana Lara masih kecil dan saya belum bersedia untuk berjauhan dengannya. Malah saya juga mengambil pendekatan untuk bangun awal pagi untuk meluangkan lebih masa bersama Lara sebelum bergegas keluar bekerja,” ujar Scha mengakhiri perbualan.

 

0 Komentar untuk "GOSIP!!! Scha Alyahya Tak Kisah Kritikan Negatif Peminat"
Back To Top