malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP!!! Fasha Sandha Bengang Sebahagian Peminat Menyamar Jadi Dirinya


Saya berharap penyamar itu dapat menghentikan penyamarannya. Sekiranya ingin menjadi peminat yang mengendalikan laman artis, tulislah identiti bahawa dia adalah peminat. Tak perlu menyamar sebagai saya.

Demikian amaran diberikan Fasha Sandha, terhadap individu yang menyamar sebagai dirinya dengan mewujudkan akaun sosial Facebook palsu sehingga memperdaya 40 ribu pengikut yg menyangka ia akaun sebenar dirinya.

Fasha mendedahkan perkara itu menerusi Instagram peribadinya malam kelmarin berkata, pengumuman itu perlu dilakukan bagi mengekang penipuan individu itu daripada berlanjutan.


Saya tahu ramai orang suka menyamar menjadi selebriti. Malah ada beberapa akaun palsu yang menggunakan nama saya juga.

Masalahnya untuk akaun ini lebih 40 ribu pengikut. Saya tak mahu peminat lain tertipu kerana penyamar ini menggunakan identiti saya dan bukan sebagai peminat. Ia perbuatan salah, katanya.

Fasha berkongsi mengenai kewujudan akaun palsu Facebook yang dikendalikan si penyamar sebagai dirinya menerusi Instagram malam kelmarin agar peminatnya menyedari perkara itu.



Ekoran pendedahan itu, peminat Fasha memberikan pelbagai reaksi dan pandangan sebagai tanda sokongan terhadap kes penipuan itu.

Fasha berkata, pendedahan itu mengesahkan kepada umum bahawa dia tidak mempunyai akaun Facebook seperti yang disangkakan.


Kepada peminat, setakat ini saya belum mempunyai fanpage di Facebook dan saya hanya berhubung dengan peminat melalui Instagram @fashasandha dan Twitter @fashasandha1.

Saya akan memaklumkan kepada semua apabila saya mempunyai laman (Facebook) saya sendiri. Saya harap penyamar itu dapat menghormati hak saya sebagai empunya badan, katanya.

Tinjauan kami mendapati hanya fanpage peminat Fasha Sandha sahaja yg ada 40K++ follower... namun disitu telah dinyatakan unofficialpage khas untuk peminat Fasha Sandha.... bermakna ianya jelas bukan dari akaun sebenar Fasha Sandha dan sepatutnya tidak timbul isu memperdaya peminat.

 

0 Komentar untuk "GOSIP!!! Fasha Sandha Bengang Sebahagian Peminat Menyamar Jadi Dirinya"
Back To Top