malaynews1. Powered by Blogger.

Che Ta Akui Tak Rela Dirinya Dimadu


Rozita Che Wan ataupun Che Ta mengatakan tidak sanggup menerima kenyataan pahit untuk bermadu seperti wanita lain.

Memandangkan suaminya yang lebih muda, suaminya mungkin akan tertarik pada yg lebih muda atau sebaya selepas dia melahirkan anak.

Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.


Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH, katanya.

Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya.

 

Tag : Dimadu, Dirinya
0 Komentar untuk "Che Ta Akui Tak Rela Dirinya Dimadu"
Back To Top