Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itu yg berlaku kepada seorang gadis berusia 25 tahun apabila gambar-gambar bogelnya tersebar di laman sosial oleh bekas teman lelakinya. Ia terjadi apabila mangsa dikatakan bertindak memutuskan hubungan cinta mereka sejak dua bulan yg lepas hingga mencetuskan dendam dan berang kepada lelaki tersebut.
Mangsa, Nor Fathiah Idris, 25, baru mengetahui perkara tersebut apabila dimaklumkan rakannya yg gambarnya sedang berkemban memakai tuala tersebar di laman sosial sejak 2 Disember lalu.
Bertambah malang lagi apabila pihak polis tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana lelaki itu dikatakan (oleh ibu mangsa) dari keluarga yang terpengaruh.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” kata ibu mangsa.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila gambar b0gel mangsa terus menjadi viral di WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik mangsa sendiri.
Menurut Fathiah, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Irfan ini menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu. Mangsa turut mengaku lelaki yang pernah dicintainya dahulu pernah terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah dan beberapa jenayah lain di Johor Bahru. - MY MEDIA HUB
0 Komentar untuk "BURUAN!!Lelaki Sebar Gambar Bekas Kekasih"