KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak mer0g0l anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua anak, akhirnya menerima hukuman setimpal apabila Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun serta dikenakan 36 sebatan.
Lelaki yg bekerja sebagai nelayan itu menerima hukuman berkenaan setelah mengaku bersalah di atas dua pertuduhan mer0g0l mangsa yang merupakan anak kedua dari sembilan beradik.
Bayi kedua mangsa baru berusia 45 hari. Mangsa telah menyembunyikan tindakan keji bapanya itu dan hanya diketahui setelah didesak oleh nenek beliau.
Bagi pertuduhan pertama, lelaki yang menetap di Marang itu mengaku bersalah mer0g0l darah dagingnya sendiri ketika mangsa baru berusia 14 tahun, di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang pada September 2009.
Tanpa sedikit pun wajah kesal, dia juga turut mengaku bersalah mengulangi perbuatan yang sama ke atas anak gadisnya itu di lokasi dan waktu yang sama pada Disember 2013 yang mana mangsa ketika itu telah berusia 18 tahun.
Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. - MY MEDIA HUB
0 Komentar untuk "BERITA!!!Bapa R0g0l Anak Gadis Sendiri Sehingga Melahirkan 2 Orang Anak"