Chef Riz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Shikin Maembong, 31, kini sedang mengandung dua minggu selepas bernikah pada 5 Disember lalu.
Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar buat keluarganya kerana dia tidak menyangka isterinya hamil dalam masa terdekat.
"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.
"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yg diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Tambah Chef Riz, berita gembira itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja bagi membuat persiapan kelahiran anak sulungnya nanti.
Anak kepada Datuk Chef Wan itu turut berharap kandungan tersebut adalah anak lelaki, namun tidak kisah sekiranya dikurniakan anak perempuan.
Sementara itu, Chef Riz berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember lalu di Bora Ombak, Ampang, dia dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya yang semakin terurus.
"Alhamdulillah, daripada segi jadual kerja, makan dan pakai semuanya isteri yang uruskan dan ia membuatkan susun atur aktiviti harian saya lebih mudah.
"Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna," tuturnya.
Shikin merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada aktres Emma Maembong.
Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012 - mStar.

0 Komentar untuk "BARU KAHWIN!!!Shikin Maembong sah hamil dua minggu, Chef Riz sangat teruja"