Pengguna laman Facebook dinasihatkan berhati-hati dengan taktik terbaru sebuah sindiket yg cuba memperdayakan kenalan atau ahli keluarga mangsa di Facebook.
Seorang wanita, Suhainah Wahiduddin memuat naik beberapa gambar salinan perbualan bersama dengan 'adik'nya yg konon ingin meminjam wang dan akan membayar balik kepada kakaknya dalam bentuk tunai.
Mempercayai bahawa individu yg sedang berchatting dengannya itu adalah 'adiknya', Suhainah bersetuju menghulurkan wangnya untuk dipinjam dan pada masa yg sama turut meminta nombor akaun 'adiknya' itu.
Individu terbabit cuba meminjam wang sebanyak RM5,000 dan meminta ditransaksikan ke nombor akaun Maybank.
Tanpa meragui apa-apa yang pelik, Suhainah itu seterusnya meminta nama pemegang nombor akaun tersebut dan individu terbabit memberikan nama yang ternyata bukan nama adiknya sendiri.
Hairan dengan nama yang diberi, Suhainah terus menghubungi adiknya untuk pengesahan mengenai perkara itu dan alangkah terkejutnya beliau apabila adiknya menafikan dia tidak pernah meminta wang sebanyak itu.
Mujur dia tidak terus membuat transaksi tersebut. Jika tidak, sudah tentu lebur RM5,000 begitu sahaja.
Tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku sama ada akibat kecuaian sendiri yang membiarkan laptop/pc peribadi atau di tempat kerja terbuka 24 jam tanpa dikunci. Begitu juga dengan kecuaian untuk logout akaun Facebook di kafe siber menyebabkan ada yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan akaun Facebook mangsa. Berhati-hatilah. - MY MEDIA HUB
0 Komentar untuk "AWAS!!!Wang RM5,000 Hampir Lebur Ditipu 'Adik' Sendiri"