Setelah sekian lama berdiam diri, pelakon Erin Malek, 20, berkongsi rasa kesal tentang penyebaran beberapa gambar dirinya yg sedang berhibur di kelab malam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Gambar tersebut tersebar pada hari yg sama Erin atau nama sebenarnya Nur Arina binti Abdul Malek selamat menjadi isteri kepada pilihan hatinya, Farriz Fauzy, 10 Oktober lalu.
“Gambar tersebut dikeluarkan di sebuah blog pada hari akad nikah saya dan suami. Jelas sekali individu tersebut mempunyai niat tidak baik untuk menyebarkan benda sebegitu pada hari bahagia saya. Sekali lagi, saya bersyukur dikurniakan suami dan keluarga yang cukup memahami dan menyokong diri pada waktu tersebut”, kata Erin.
Menafikan dakwaan dirinya sedang meneguk arak dalam salah satu gambar yang tersebar itu, Erin berharap peminat tidak terlalu cepat menghakimi.
“Jika difikirkan, gelas tersebut turut diguna pakai di banyak restoran fine dining untuk menghidangkan air kosong serta minuman-minuman lain. Jadi, tak semestinya air yang sedang saya minum waktu itu adalah minuman keras, kan?”, ujarnya mempertahankan diri.
Katanya lagi, dia kini sedar bahawa meskipun ada orang yang suka melihat kegembiraan orang lain, dan ada yang dipenuhi dengan hasad dengki.
“Mungkin sebelum ini, saya terlalu mendedahkan kehidupan peribadi kepada peminat. Masalahnya, kalau saya tak jujur pula, nanti ada cakap-cakap yang menyatakan saya ini kononnya mahu menyembunyi sesuatu”, katanya sambil menafikan dakwaan yang dia kini sudah memiliki bodyguard sendiri.
“Apa yang penting saya sudah pun menjelaskan keadaan yang sebenar kepada keluarga dan keluarga mertua saya. Mereka pula adalah orang yang cukup kuat berpegang pada agama. Kehidupan selebriti yang penuh kontroversi bukanlah sesuatu yang biasa buat mereka. Tapi bila hal begitu terjadi, mereka yang memujuk saya untuk kuatkan hati dan mengabaikan sahaja cakap-cakap orang”, tambah Erin yang berazam mahu lebih fokus kepada kerja dan juga keluarga selepas ini.
Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang membintangi 2 siri drama iaitu ‘Merah Bukan Jambu’ gandingannya dengan Fattah Amin dan ‘3 Dara, 1 Pelamin’ bersama Kilafairy dan Putri Chichi, semuanya untuk siaran RTM.
Kongsi Erin, buat masa ini dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana sedang menikmati hidup barunya sebagai suri rumah dan hanya akan kembali aktif pada awal tahun hadapan.
0 Komentar untuk "ARTIS!!!Erin Malek Nafi Minum Minuman Keras"