malaynews1. Powered by Blogger.

AKHIRNYA!!!Penjelasan Sharnaaz Ahmad Isu Beli Arak Di Jepun


Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan isu penyebaran foto dia membawa troli berisi beberapa tin arak di sebuah pasaraya di Jepun adalah gosip yg membosankan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, isu tersebut seperti sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.

"Banyak isu lain yg boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?

"Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.." katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.



Pada Isnin, sebuah laman blog mengeluarkan sekeping foto Sharnaaz membeli-belah di pasaraya di Jepun bersama Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.

Foto tersebut menunjukkan mereka membawa troli masing-masing diisi pelbagai makanan dan minuman. Troli yang kononnya milik barangan Sharnaaz dilihat turut mempunyai beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun.

Perkara itu membuatkan timbul persoalan di kalangan netizen (pengguna Internet) bahawa Sharnaaz membeli arak berkenaan.

Bagaimanapun dalam mesej Whatsapp yang diberi, Sharnaaz tidak menyatakan bagaimana tin arak berkenaan berada dalam troli tersebut.

Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana. Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "AKHIRNYA!!!Penjelasan Sharnaaz Ahmad Isu Beli Arak Di Jepun"
Back To Top