Beirut –
Seorang penjaga tanah perkuburan yg gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan
Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil gambar bersama mayat berkenaan,
menurut laporan TV MBC.
MBC TV Channel menemuramah lelaki
itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes
berkenaan.
Bagaimanapun, dia kelihatan normal
dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental.
Deab memberitahu pengacara dan
pakar psikiatri bahawa dia suka menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana
suasana di situ membuat perasannya tenteram dan bahagia berada bersama orang yg
sudah mati.
Dia juga menolak lamaran seorang
wanita dari Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan tanah perkuburan
itu.
Menurut Deab dia sudah mengambil
banyak gambar selfie bersama rangka manusia di kuburan tetapi cuma menyimpan
gambar bersama mendiang ibunya.
Sumber:
mynewshub.cc
0 Komentar untuk "SERIUS!! Penjaga Tanah Perkuburan Gali Kubur Ibunya Untuk Selfie Bersama Ibu.."