GUA membongkar 12 perkara mengenai aktres cantik, Scha Alyahya.
Walaupun pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir ini sering mendapat watak tomboi dan kasar, jangan tidak tahu yang dia sebenarnya sangat takut kepada katak.
Ingin tahu apa lagi perkara menarik tentang Scha, sila semak senarai di bawah.
1. Pelakon ‘Awan Dania’ ini seorang yg sangat serius namun dalam pada masa yg sama sangat penyayang orangnya.
2. Scha mengakui tidak pernah makan tempoyak dan sambal belacan, bukan kerana tidak suka tapi memang dia tidak teringin mencuba makanan itu.
3. Pelakon ini sangat suka warna gelap.
4. Selain katak, Scha juga takut dan geli dengan ular.
5. Gemar melakukan ‘bungy jumping’ dan teringin mencuba aktiviti tersebut di Menara Macau iaitu antara tempat ‘bungy jumping’ yg tertinggi di dunia.
6. Pelakon filem ‘Histeria’ ini gemar mengumpul koleksi jam tangan.
7. Scha mengakui tidak suka mewarnakan rambut kerana suka dengan warna rambut aslinya, hitam.
8. Isteri kepada Awal Ashaari ini mengakui gemar makan banyak kali, namun dalam kuantiti yg sedikit.
9. Menurut Awal, Scha seorang yg sangat pembersih. Dia sangat geli dengan benda kotor malah akan memilih untuk pergi ke tandas yg bersih saja. Jika nampak benda yg kotor, Scha akan jadi marah dan tiada ‘mood’.
10. Duta Avon ini baru mencuba otak-otak selepas diperkenalkan oleh suaminya. Sebelum ini, Scha sangat cerewet dan banyak pantang larang soal makanan. Namun setelah mencuba otak-otak, Scha kini adalah penggemar kronik makanan tersebut.
11. Mengalami masalah gastrik, Scha akan pastikan yg dia akan minum air panas sebelum dan selepas bangun tidur.
12. Scha hanya akan pakai baju yg dibeli sekali saja dan selepas itu tidak akan memakainya lagi. - Gua
0 Komentar untuk "SECRET!!! 12 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Diri Scha Al-Yahya"