Seorang jurugambar sambilan mendapat rezeki yang melimpah ruah hanya disebabkan tersilap eja dalam satu post yg disiarkan dalam laman Facebook bagi tujuan pengiklanan yg pernah viral satu ketika dulu.
Zulkepli Yusop atau lebih dikenali dengan nama Toksyu Zul tersilap mengeja perkataan photography kepada pornografi dalam post berkenaan menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan negatif dari netizen.
Pada mulanya, dia menyangka kesilapan itu akan menjejaskan perniagaan perkhidmatan fotografi bersama kuda yg diusahakan bersama dengan rakannya.
“Bagi saya, fenomena viral itu memberi hikmah kepada perniagaan saya untuk terus maju, malah saya bersyukur kerana ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa memberi dorongan,” katanya.
sumber
0 Komentar untuk "LAWAK!!!Kesilapan Ejaan Buat Rezeki Melimpah Ruah"