Difahamkan, dalam kejadian pada jam 6.20 petang, 7 Disember lalu, mangsa berusia 25 tahun yg juga anak kepada seorang anggota polis bertugas di Temerloh diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain serta pelekat sebelum rumahnya diselongkar dan pakaiannya ditanggalkan suspek.
Kejadian berlaku apabila mangsa yg berada di rumah seorang diri terdengar pintu diketuk sebelum membukanya.
Sumber berkata, mangsa yg menyangka rakan serumahnya pulang terus membuka pintu, namun terkejut apabila seorang lelaki memakai topi keledar dan menutup muka meluru ke arahnya. Lelaki itu kemudian menolak dan memeluk mangsa dari belakang sambil mengacukan pistol mainan bagi menakutkannya. - brotherssam
0 Komentar untuk "BERITA!! Perompak Rogol Mangsa Datang Bulan"