Siapa boleh lupa kisah panas yg terjadi di antara Shila Amzah dan pihak media tempatan yang menjadi bualan ramai sehingga kononnya penyanyi itu kini dalam senarai boikot para pengamal media. Tidak tahulah kami sejauh mana kebenaran perkara ini.
Namun, bertemu dengan Shila Amzah di majlis kenduri kesyukuran yang dianjurkan oleh keluarga beliau di kediaman mereka, penyanyi ini berkata yg ada hikmahnya peristiwa hitam dengan para media yg berlaku tidak berapa lama dahulu.
“Shila ambil dari sudut positif (tentang isu boikot) yg Shila kini semakin kuat dalam mengharungi kerjaya dan percaya yang para peminat masih setia bersama menyokong,” ujarnya.
Kenduri kesyukuran ringkas itu diadakan adalah untuk meraikan kejayaan Shila Amzah selama ini selain merayakan adik beliau yg baru sahaja berumahtangga. Kami sempat ajukan soalan buat penyanyi ini bilakah giliran kakaknya pula?
Shila Amzah berkata yg beliau mungkin akan berkahwin tiga tahun lagi iaitu pada umur 27 tahun namun itu semua masih satu perancangan. Mengenani perkembangan kerjaya di China, beliau kini sedang giat merakamkan album berbahasa Mandarin pertamanya.
ARTISMELETOP
0 Komentar untuk "ARTIS!!! Shila Amzah Yakin Semakin Kuat Selepas Diboikot Media Tempatan "