malaynews1. Powered by Blogger.

PERHATIAN!!! HATI2 BILA ANDA UPLOAD FOTO2 ANDA DI FACEBOOK.!! JANGAN JADI MANGSA MACAM GADIS CANTIK NIH..!!




BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yg 

dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai 

hantaran yg jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?



Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik 

gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan 

sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.



Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan 

tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.



Mengesyaki sesuatu yg tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis 

melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain 

dengan meletakkan wang hantaran yg nilainya tidak munasabah.



Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang 

mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan 

untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.



Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar

terutamanya mereka yg mempunyai susuk tubuh yg menarik akan menjadi mangsa 

laman Facebook itu.



Daripada beberapa komen yg diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada 

pengguna Facebook yg mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan 

pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu. 






 

0 Komentar untuk "PERHATIAN!!! HATI2 BILA ANDA UPLOAD FOTO2 ANDA DI FACEBOOK.!! JANGAN JADI MANGSA MACAM GADIS CANTIK NIH..!!"
Back To Top