KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan
seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yg merantau ke i
bu kota untuk mencari rezeki.
Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia
penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa,
batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.
Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi
perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai
kegiatan itu.
Siasatan mendapati ‘perniagaan’ gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta
deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam
akaunnya.
Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk
memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.
Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk
mencari wang dengan cara mudah dan selamat.
“Aktiviti ini saya lakukan secara ‘part-time’. Bila ada pelanggan hubungi saya
menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.
“Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yg
mahu saya urut betul-betul. Ada juga yg hanya mahukan urutan batin dan khidmat
seks.
“Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yg memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya,” katanya yg mampu memperoleh pendapatan
hingga RM3,000 sebulan.
Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.
Malah, katanya, setiap pelanggan yg mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah
dan diminta datang ke situ.
“Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat
kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.
“Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih
dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan
saya,” katanya.
Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika
waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.
Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif
muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.
“Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak
dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.
“Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup
banyak bagi kerja separuh masa,” katanya.
Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yg terpengaruh dengan
rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.
Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan
perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.
“Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa merek
ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.
“Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak
menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yg mana satu, urut
biasa atau batin,” katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.
Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun
apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.
“Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu
menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?
“Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa.
Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.
“Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya
hanya memilih pelanggan yg tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan
melegakan kesakitan, saya tetap melayan,” katanya yg menawarkan khidmat sepenuh
masa, termasuk malam.
0 Komentar untuk "ONLY IN MALAYSIA , Khidmat Urut Tiga Dalam Satu Untuk Pelanggan Terpilih"