“Pada mulanya saya cuba abai namun beberapa minit kemudian tangan itu kembali
menjalar ke atas tubuh saya,” kata seorang penumpang wanita yg menjadi mangsa
cabul di dalam koc tempat tidur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kelmarin.
Mangsa yg hanya mahu dikenali sebagai Aishah, 26, berkata, kejadian berlaku ketika
dia tidur selepas kereta api bertolak dari dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Singapura
jam 10.30 malam kelmarin.
“Saya sering membeli tiket untuk katil di bahagian bawah koc kerana ia lebih selesa
“Saya sering membeli tiket untuk katil di bahagian bawah koc kerana ia lebih selesa
dan memudahkan saya sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Labis, Johor.
“Selepas 20 minit kereta api bergerak, seorang petugas KTMB masuk ke dalam koc
“Selepas 20 minit kereta api bergerak, seorang petugas KTMB masuk ke dalam koc
untuk menjual makanan dan minumanKetika itulah saya menyedari seorang penumpang
lelaki di atas katil saya,” katanya.
Menurutnya, dia tidak mencurigai penumpang lelaki itu dan menyambung tidur selepas
Menurutnya, dia tidak mencurigai penumpang lelaki itu dan menyambung tidur selepas
selesai makan.“Namun pada jam 2 pagi, saya tersedar apabila terasa alat sulit saya
diraba.Saya dapati ada tangan menyusup masuk dari celah langsir katil saya.
“Apabila menyedari saya terjaga, suspek segera menarik keluar tangannya.Walaupun
“Apabila menyedari saya terjaga, suspek segera menarik keluar tangannya.Walaupun
terkejut dengan kejadian itu, namun saya membuat keputusan mengabaikannya,” katanya.
Dia bagaimanapun terkejut apabila tangan itu kembali muncul dari celah langsir katil dan
Dia bagaimanapun terkejut apabila tangan itu kembali muncul dari celah langsir katil dan
cuba meraba tubuhnya sekali lagi.“Akibatnya saya menjerit sambil menepis tangan itu.
Saya percaya ia dilakukan penumpang lelaki yg berada di atas katil saya,” katanya.
Saya percaya ia dilakukan penumpang lelaki yg berada di atas katil saya,” katanya.
“Berang dengan perbuatan tidak senonoh individu itu, Aishah memaklumkan kejadian
berkenaan kepada kakitangan KTMB menyebabkan suspek lelaki itu ditahan sebelum
diserahkan kepada polis sebaik tiba di Stesen Labis pada jam 5 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi
berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kluang, Johor diserahkan kepada
pihaknya oleh kakitangan KTMB selepas mendapat aduan daripada mangsa.
Katanya, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan termasuk
Katanya, pihaknya menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan termasuk
menjalankan ujian air kencing ke atas suspek sama ada suspek di bawah pengaruh
dadah atau sebaliknya ketika kejadian.
0 Komentar untuk "ONLY IN MALAYSIA!!! Kemaluan Gadis Dipegang Ketika Tidur Dalam Keretapi"