malaynews1. Powered by Blogger.

MALAYSIA ONLY !!! Pakej "Pecah Dara" Pelacur RM5,000 Di Kajang




Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka 

pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan 

bangga mempromosikan pelacur yg mereka dakwa masih dara. 

Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yg melanggan ‘pelacur dara’ itu turut

diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.Sindiket itu yg ber
-operasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yg 
berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian 

Metro selepas mendapat maklumat orang awam.Seperti biasa, sindiket itu berselindung 
di sebalik perniagaan spa dan refleksologi,namun ada ruangan berasingan disediakan
untuk kegiatan pelacuran.

Seorang bapa ayam yg dikenali sebagai Wong berkata, ‘pakej pecah dara’ itu 

ditawarkan pihaknya selepas kebanyakan pelanggan menyatakan bosan melanggan

pelacur sama dan mahukan teman tidur di kalangan wanita muda.

Menurutnya, selepas melunaskan bayaran RM5,000 pelanggan perlu menunggu tiga 

hari kerana pihaknya perlu berurusan dengan ejen bagi mendapatkan gadis terbabit 

selain menguruskan urusan perjalanan.

“Tiga hari tak lama. Awak tunggu saja dan mesti puas hati kerana kami akan bagi 

perempuan yg dijamin cantik dan masih dara,” katanya.

Wong berkata, sebelum tempahan dibuat, ejennya di Vietnam akan mengirimkan gambar

pelacur menerusi e-mel untuk ditunjukkan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.“Ini 

lain daripada yg lain. Kalau awak mahu, cepat-cepat beritahu saya,” katanya. 



Menurutnya, selain pakej itu, pelbagai pakej lain turut ditawarkan antaranya menyediakan

khidmat seks termasuk urutan dengan caj RM238 membabitkan dua pelanggan

berasingan.

Katanya, selain pakej pecah dara pihaknya turut mnyediakan pelacur biasa daripada 

Vietnam, khidmat urut wanita tempatan, termasuk perkhidmatan mandi air panas dan

hidangan makanan percuma.

“Kami juga ada perempuan Russia yg boleh cakap Bahasa Melayu dan bayarannya

juga tidak mahal, cuma RM250,” katanya.Mengulas kegiatan sindiket pelacuran 

berkenaan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab

berkata, pihaknya sudah menyerbu premis terbabit beberapa kali sejak tahun lalu.

“Ternyata mereka masih degil dengan meneruskan operasi dan maklumat yg diberikan

 ini, kami (polis) akan melakukan serbuan di premis itu dalam masa terdekat.

“Ini kerana kami tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yg melakukan

kesalahan dan memastikan tindakan tegas diambil ke atas mereka,” katanya ketika 

dihubungi, semalam.




 

Related Post:

0 Komentar untuk "MALAYSIA ONLY !!! Pakej "Pecah Dara" Pelacur RM5,000 Di Kajang"
Back To Top