China - Wang Zhengyang, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menggodam kedalam sistem komputer sekolah dan juga sistem jual beli online tapi mendakwa dia menggodam hanya kerana mahu membantu memperbaiki masalah keselamatan di dalam sistem.
Wang memecah masuk sistem sekolah dan kemudiannya memberitahu syarikat yg membuat sistem mengenai isu keselamatan tersebut.
Wang dikatakn mula belajar menggodam kerana malas membuat kerja sekolahnya. Tapi menurut Wang, dia hanya menggodam kerana mahu memperbetulkan masalah dan dia adalah seorang penggodam 'white hat'.
"Saya cuma mahu memperbaiki website", katanya di Konferens Keselamatan Internet China di Beijing pada hujung bulan lepas.
"Anda perlu menyerang website untk mengetahui kelemahannya", tambahnya lagi.
Wang juga pernah menggodam sebuah laman web jual beli online dengan menukar produk dari 2500 yuan kepada 1 yuan, tapi kemudiannya melaporkan kepada pengurus laman web berkenaan mengenai isu itu
0 Komentar untuk "HEBAT!!! Wang Zhengyang, Penggodam Komputer Berumur 12 Tahun"