
Kadang-kadang kami pun tak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang yg tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.
Setiap foto yg dimuatnaik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yg sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya.
Terkini, foto Felixia yg mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu? Haih.. Perlu ke?
Mungkin caption yg ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para netizen untuk membuat anggapan sedemikian rupa.
Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yg berhemah.
Bagaimanapun, ada juga individu yg memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam.

Kami turut bersetuju dengan pendapat yg diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yg masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim.
Bukan apa, kita yg memang sejak azali dilahirkan sebagai umat Islam ni pun masih lagi banyak yg perlu diperbetulkan. Jadi, rasanya tak eloklah nak jadi judgmental begitu. Betul tak? Tulisan artikel milik penuh Portal Ohbulan.

0 Komentar untuk "GOSIP Felixia Yeap Dikecam Lagi Muatnaik Gambar Bersolat Di Instagram [3 Gambar]"