malaynews1. Powered by Blogger.

GILA!!! Kakak Sanggup Upah Pembunuh Untuk Tembak Adik Yang Enggan Bekerja


Rusia – Kerana terlalu marahkan adiknya yang enggan bekerja dan hanya duduk di rumah, seorang kakak, Larisa Kazakova, 32, sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Mukhyarbek yg berusia 29 tahun.

Namun niat melakukan pembunuhan itu tidak kesampaian apabila pembunuh upahan berkenaan rupa-rupanya adalah seorang anggota polis yg membuat penyamaran.

Polis berjaya menghidu niat Larisa itu selepas dia dikesan mencari pembunuh melalui internet.

Niat buruknya itu juga dapat dipatahkan apabila adiknya, Mukhyarbek, dengan kerjasama polis telah berpura-pura mati dibunuh.

Larisa ditangkap ketika dia menyerahkan wang kepada pembunuh tersebut dan selepas melihat 'mayat' adiknya yg terbaring berlumuran darah.

Dia kini berdepan hukuman penjara lapan tahun kerana cubaan membunuh.

Dua beradik itu berasal dari Kyrgyztan dan berhijrah ke bandar Surgut di Rusia, sejak dua tahun lalu. Mereka memasuki Rusia secara haram.

Larisa yg juga ibu kepada tiga anak itu mendakwa adiknya tidak bekerja dan hanya melepak di rumah selain dia yg terpaksa menyara lelaki berkenaan.

Dia mendakwa pernah cuba menghalau adiknya keluar dari rumah, namun Larisa dipukul. Memandangkan mereka berada secara haram di Rusia, maka dia tidak dapat membuat laporan polis.

Untuk menyara hidup dan menghantar wang ke kampung halaman mereka, Larisa bekerja sebagai pencuci di beberapa tempat. –
0 Komentar untuk "GILA!!! Kakak Sanggup Upah Pembunuh Untuk Tembak Adik Yang Enggan Bekerja"
Back To Top