malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Luluh Hati Suami Lihat Isteri Tercinta Bersetubuh Bersama Lelaki Lain



Luluh hati seorang suami apabila isteri yg dirindui sejak enam bulan lalu ditemui 

sedang tidur bersama lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel di sebuah 

rumah di Setapak di sini, semalam.


Difahamkan wanita berusia 20 tahun itu menghilangkan diri sejak April lalu selepas 

keluar dari rumahnya di Batu Caves, Gombak, dengan alasan mahu menziarahi ibunya.



Sumber polis berkata, wanita terbabit bagaimanapun menghilangkan diri menyebabkan

suaminya berusaha menjejaki isterinya itu di merata lokasi.Menurutnya, lelaki terbabit

bagaimanapun menerima panggilan daripada rakan yg mendakwa terserempak dengan

isterinya di kawasan Setapak di sini, jam 10 malam kelmarin.


“Lelaki terbabit bersama lapan rakan lain kemudian berusaha menjejaki isterinya itu

selain bertanya orang ramai di kawasan berkenaan.“Dia bagaimanapun mendapat 

maklumat isterinya itu tinggal bersekedudukan dengan seorang lelaki sejak enam bulan 

lalu,” katanya, lapor Hmetro.



 

0 Komentar untuk "BERITA Luluh Hati Suami Lihat Isteri Tercinta Bersetubuh Bersama Lelaki Lain"
Back To Top