malaynews1. Powered by Blogger.

AMEKAW!!! Rakaman Video Lelaki Malang Ditendang Dua Wanita Apabila Ajak Buat Maksiat


2 Orang Wanita Kazakhstan menumbuk dan menendang "ANGRY BIRD" seorang lelaki hingga "K.O" setelah lelaki itu menawarkan sejumlah wang untuk berbuat maksiat dengan 2 wanita berkenaan.

Menurut laporan Kompas.com, lelaki itu bernama Kondrat Golubev (32) pada mulanya sedang "clubbing" bersama rakan-rakannya di bandar Atyrau, wilayah timur Kazakhstan.

Setelah itu Kondrat kemudian keluar kelab malam untk menghisap rokok. Detik itu dia terlihat 2 wanita berkenaan sedang berjalan-jalan.

Tanpa berfikir panjang, Kondrat menghampiri kedua wanita itu dan menanyakan harga untk membuat maksiat dengan mereka.

Tanpa diduga, salah seorang perempuan itu terus melayangkan penumbuknya tepat ke muka Kondrat dan dia terus tersungkur.

Saat Kondrat tersungkur itu, giliran wanita berambut hitam itu pula menendang tepat ke arah "ANGRY BIRD" Kondrat di saat dia sedang terbaring kesakitan.

Insiden tak terduga itu dirakam kamera video milik Anatoli Pokrovski (36) yang juga sedang menuju ke kelab malam tempat Kondrat berpesta bersama rakan-rakannya.


Saya sedang berada di luar menunggu kekasih saya, setelah itu saya melihat pertengkaran antara seorang lelaki dan dua orang wanita, ujar Anatoli.

Lelaki itu, kata Anatoli, nampaknya sangat yakin untk mengajak wanita itu bersenang-senang.


Saat ajakannya ditolak, lelaki itu kemudian mengejek mereka dengan menyebut kedua wanita itu sebagai pelacur dan, terang Anatoli.

Kedua-dua perempuan itu kelihatan jelas sangat tersinggung dan marah. Namun saya fikir lelaki itu tak pernah menduga apa yg bakal menimpanya, tambah Anatoli.

Setelah memukul jatuh Kondrat, kedua perempuan itu kemudian berlalu pergi seolah tidak ada apa yg terjadi. Insiden itu amat mengejutkan tapi pukulan perempuan itu sangat hebat," ujar Anatoli.

Seorang polis yg melihat rakaman video milik Anatoli menduga perempuan yg memukul Kondrat hingga terjatuh itu mempunyai kemampuan bela diri yg sangat baik, jelasnya lagi.



 

0 Komentar untuk "AMEKAW!!! Rakaman Video Lelaki Malang Ditendang Dua Wanita Apabila Ajak Buat Maksiat"
Back To Top