Sekumpulan peniaga samseng telah dikesan memasang jerat dengan menawarkan telefon pintar pada harga serendah RM599 sebelum mangsa dipaksa membuat bayaran tambahan mencecah sehingga RM1,500.
Bayaran tambahan tersebut kononnya perlu dibayar mangsa sebagai pakej bayaran perisian, antivirus, pelan Internet, ganti rugi dan pelbagai kos tersembunyi yg sebelum itu tidak dinyatakan pada mangsa.
Lebih memburukkan keadaan , ada antara pelanggan yg mendakwa pernah diserang beberapa samseng daripada kumpulan terbabit kerana tidak mahu membayar duit tambahan seperti yg diminta .
Menurut Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur berkata, kumpulan jurujual telefon pintar itu yg bergerak aktif di beberapa pusat beli-belah menggunakan strategi membuat promosi jualan tidak masuk akal .
Menurut Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur berkata, kumpulan jurujual telefon pintar itu yg bergerak aktif di beberapa pusat beli-belah menggunakan strategi membuat promosi jualan tidak masuk akal .
Menurutnya lagi, kumpulan itu juga menawarkan telefon pintar model terbaru pada harga jauh lebih murah dari harga jualan pasaran.
“Sebagai contoh telefon pintar model Samsung S4 pada harga RM599 padahal harga sebenar sekitar RM1,499.
“Selepas pelanggan berminat dan membayar harga telefon itu, mereka akan menunjukkan belang dengan meminta pembeli membuat bayaran tambahan RM1,000 hingga RM1,500 kononnya untuk bayaran perisian, antivirus, pelan Internet, ganti rugi dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya lagi , pembeli yg mahu membatalkan niat membeli telefon pintar berkenaan bagaimanapun akan ditunjukkan rekod pada komputer bahawa urusan pembelian itu sudah didaftarkan dan ianya tidak boleh lagi dibatalkan.
Katanya lagi , pelanggan yg berkeras mahu membatalkan pembelian mereka hanya dibenarkan mendapat pengembalian 20 peratus dari wang yg telah dibayar.
“Mereka langsung tidak menyatakan bayaran tambahan sebelum menjual telefon pintar terbabit dan lebih mengejutkan apabila telefon bimbit itu adalah model tiruan,” katanya.
“Dari pemerhatian, setiap premis itu akan sentiasa menukar pekerja setiap bulan mungkin bagi mengelakkan pelanggan datang untuk menuntut ganti rugi dengan hanya mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan pekerja terbabit juga sudah menghilangkan diri,” katanya.
Menurutnya lagi , kebanyakan sasaran kumpulan ini adalah orang berpendapatan rendah, pekerja asing dan pelancong asing.
Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran harga yg jauh lebih murah dari harga pasaran semasa bagi mengelakkan keadaan seperti ini berlaku .
Katanya, pastikan terlebih dahulu ketulenan telefon bimbit berkenaan dan pakej yg ditawarkan sebelum membuat sebarang pembayaran.
0 Komentar untuk "TERKINI !! Tawar Harga Murah Telefon , Tetapi Bila Dah jadi Lain Harganya !!"