Setelah selamat diijabkabulkan pada 15 September lalu, pasangan Alif Satar, 24, dan Sha Dila, 30, diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang penuh meriah dan santai malam Sabtu yg lalu.
Bertempat di Marina Putrajaya, majlis menyambut tetamu yg diadakan oleh keluarga pihak lelaki itu bermula seawal jam 8 malam iaitu selepas kedua mempelai tiba dengan pakaian serba putih.
Tanpa sebarang acara berarak yg formal seperti majlis resepsi biasa untuk masuk ke dewan, Alif dan Sha terus berjalan menuju masuk dan menuju ke meja-meja tetamu.
Ketika visual itu ditayangkan Alif dan pasangan turut mengalirkan air mata selepas sebak dengan apa yg keluarga dan rakannya persembahkan khas buat dirinya dan isteri di hari bahagianya.
Istimewanya Alif turut menyampaikan sebuah lagu kegemaran isterinya iaitu Kaulah Segalanya pada majlis tersebut sebagai kejutan buat isteri tersayang. Sha terus mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kejutan itu.
Majlis tamat kira-kira jam 11 malam selepas tetamu menjamu selera dan turut mengambil kesempatan merakamkan momen bahagia itu bersama mempelai.
Pasangan terlebih dahulu telah diraikan pada waktu siang dalam sebuah majlis resepsi yg diadakan oleh pihak perempuan di tempat yang sama.
Alif Satar dan Sha Dila telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.
0 Komentar untuk "TAHNIAH Majlis Resepsi Alif Satar Dan Isteri Dirai Dengan Cukup Santai!"