malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA VIDEO: Staf Digi Kurang Ajar, Tuduh Pelanggan Menipu


Nampaknya dah jadi trend zaman sekarang pelanggan gemar merakam sebarang situasi yg membuatkan mereka berasa tidak puas hati.

Terbaru, seorang pelanggan Digi memuat naik video di laman sosial menunjukkan dia dilayan dengan kurang sopan oleh kaki tangan syarikat telekomunikasi tersebut.

Insiden dikatakan bermula apabila pelanggan tersebut datang ke Digi IOI Mall Puchong untuk bertanya mengapa rekod pembayaran pada 29 Ogos tidak direkod selepas membuat semakan.

Menurut pelanggan tersebut dia membuat bayaran di situ sehari sebelumnya namun terlupa untuk meminta resit. Atas sebab itu seorang pekerja lelaki dan perempuan di kaunter menolak dakwaannya dan menuduh dia menipu.

Apabila meminta untk menyemak CCTV, pekerja terbabit mula berdolak dalih dan bercakap kasar membuatkan pelanggan ini mengambil keputusan untk merakam perlakuan mereka.

Susulan penyebaran video ini, Digi telah memuat naik satu status di Facebook
mereka bagi memberi jaminan sedang menyiasat dan tidak akan memberi muka terhadap staf yg tidak menghormati pelanggan.

Tahniah kepada Digi kerana respon segera dan kepada mereka yg rasa-rasa kepala angin tu, elakkanlah daripada bekerja melibatkan perkhidmatan kaunter pelanggan ok?
0 Komentar untuk "SEMASA VIDEO: Staf Digi Kurang Ajar, Tuduh Pelanggan Menipu"
Back To Top