Kyle, 13 tahun. |
Seorang pelajar di California yg berumur 13 tahun telah dilaporkan dikuhum oleh pihak sekolah kerana berkongsi makanan tengah hari bersama perlajar lain.
Kyle Bradford, adalah seorang pelajar di Sekolah Rendah di Weaverville, California telah dikenakan tindakan selepas berkongsi ayam burito dengan rakannya yg mana tidak menyukai sandwich keju yg disediakan oleh kafe sekolah kepadanya, lapor KRCR-TV.
“Sepertinya dia tidak dapat makanan tengah hari yg seperti biasa jadi saya cuma ingin memberikan makanan saya kepadanya sebab saya pun tidaklah berasa sangat lapar dan juga akan membuangnya jika saya tidak makan.” kata Bradford menerusi satu laman sesawang.
Sekolah berkenaan bagaimanapun mempunyai peraturan yang mana tidak membenarkan pelajar-plajar mereka berkongsi makanan diatas alasan pelajar-pelajarnya boleh terkena alahan dari rakan sekelasnya yg lain tanpa disedari.
Surat hukuman |
“Kami mempunyai polisi yang melarang pelajar bertukar makanan. Sudah tentu jika pelajar mengambil berat tentang rakan-rakannya yg tidak mempunyai cukup makanan dan kami akan mempertimbangkannya. Tetapi demi keselamatan mereka kami tidak boleh membenarkan mereka bertukar makanan”, kata Tom Barnett, pengetua sekolah tersebut.
0 Komentar untuk "PELIK Pelajar 13 Tahun Dihukum Kerana Berkongsi Makanan dengan Pelajar Lain"