Seorang pemimpin pondok pengajian Islam di Ambulu, Jember, Jawa Timur, dituduh mencabul dan merogol 11 remaja perempuan yg mengikuti pengajian di situ.
Jurucakap polis berkata, kiai yg cuma dikenali sebagai IK itu berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.
Katanya, setakat ini tiga mangsa, masing-masing berusia 15, 16 dan 17 tahun, sudah membuat laporan polis.
"Berdasarkan keterangan mangsa dan siasatan polis, IK berada dalam keadaan sedar ketika melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.
Jurucakap itu berkata, perlakuan jahat IK terbongkar selepas seorang daripada mangsanya bercerita mengenai insiden dia dicabul kepada saudara suspek yg ingin menikahinya.
Katanya, mangsa enggan menipu pemuda terbabit dan mengaku dia tidak lagi perawan.
"Mangsa mengaku kepada pemuda terbabit dia dirogol IK pada suatu malam," katanya.
Menurut polis, pesantren itu mengadakan majlis berdoa bersama hampir setiap malam dan IK mengambil kesempatan daripada acara itu untuk memuaskan nafsunya dengan berselindung di sebalik agama.
0 Komentar untuk "BERITA Kiai Pondok Perkosa 11 Pelajarnya"