Jika anda melihat ‘mannequin’ atau patung pengantin yg dinamakan La Pascualita, anda pasti mengatakan ia antara yg tercantik pernah dilihat di butik pakaian.
Dengan bola mata yg bulat dan bersinar serta raut wajah yg menarik, patung ini mampu menarik sesiapa sahaja yg memandangnya.
La Pascualita yg ditempatkan di bandar Chihuahua, Mexico ini ternyata punya ceritanya yg tersendiri.
Legenda tentang "Si Kecil Pascualita" ini bermula pada 25 Mac 1930.
Kedai pakaian pengantin di Bandar Chihuahua tersebut memaparkan boneka model pakain terbaik pada masa itu. Pada awalnya, ramai orang yg terpaku melihat kecantikan boneka bergaun pengantin tersebut.
Namun, lama-kelamaan apabila diperhatikan La Pascualita semakin mirip dengan manusia. Boneka model ini juga mempunyai garis telapak tangan dan kuku. Bahkan mirip dengan pemilik kedai, Pascuala Esparza
Persamaan itu membuat penduduk setempat semakin yakin kalau mannequin tersebut dulunya manusia. Mereka percaya boneka yg berusia sekitar 75 tahun tersebut adalah mayat anak Esparza yg dijadikan mumia.
Konon, "Little Pascuala" meninggal di hari perkahwinannya akibat terkena gigitan labah-labah hitam beracun. Rasa sayang Esparza terhadap anaknya membuat ia tidak rela melepas kematiannya. Mayat gadis tersebut kemudiannya diawet dan dipakaikan pakaian pengantin oleh Esparza.
Ramai yg percaya tentang keanehan ini. Kerana, Boneka ini secara rutin diperiksa oleh pakar khas, supaya keadaan La Pascualita tetap utuh.
Teori ini tambah menarik apabila pelbagai cerita seram yg berkaitan dengan La Pascualita tersebar termasuklah ia sering berubah posisi dengan sendirinya pada waktu malam. Sejumlah penduduk setempat mengaku pernah melihat La Pascualita berkeliaran di tengah malam. Ada yg berkata, pekerja kedai akan menemui boneka berubah kedudukan di pagi harinya ..
Bagaimanapun, kajian oleh sebuah muzium menafikan dakwaan itu atas alasan mustahil mayat manusia yg diawet boleh kelihatan terlalu sempurna.
Khabarnya, sesiapa yg melihatnya akan terus mengeluarkan keringat di dahi bila bertatapan mata dengan boneka misteri ini. Selepas itu, mereka akan merasa seolah sentiasa dipandang oleh "Si Kecil Pascualita" selama berada di dalam kedai.
0 Komentar untuk "MENARIK ! Patung Pengantin, La Pascualita Kelihatan ‘Hidup’.."