TERUJA… memang Abang Fen cukup teruja you!
Gerai kecil yg dibina di hadapan rumah pada awal Januari 2013 oleh Mimi Abdul Rahim, 48, di Permatang Kebun Sireh, Bukit Mertajam pada mulanya adalah sekadar untuk mengisi masa lapang dan membantu anak saudaranya mendapatkan wang saku.
Gerai yg menjual aneka jenis makanan dan minuman ini mengamit Abang Fen kerana menjadi buah mulut rakan-rakan tentang harganya yg tak sepadan dengan makanan dan minuman yg dihidangkan.
Apa yg Abang Fen nak kongsikan bersama you all bukan sebab si penjual iaitu, Mimi buka gerai makanan di depan rumah tetapi perihal laicikang dan sengkuang calitnya yg istimewa.
Sudahlah sedap, harganya pula murah...memang untung pelanggan yg datang ke sini.
Banyak lagi makanan serta minuman yg dijual dengan harga rendah di gerai milik Mimi.
Walau pun gerai ini hanya dibuka di hadapan rumah namun kepelbagaian makanan serta minuman menarik perhatian Abang Fen.
Paling mengujakan Abang Fen bukan sekadar keenakan rasanya sahaja tetapi harganya yg tak mungkin you all temui di mana-mana tempat.
Laicikang yg dimasukkan bahan seperti buah laici, kacang, buah nipah, biji selasih, cincau, agar-agar, getah anggur dan pelbagai bahan lagi dijual dengan harga RM1.00 semangkuk.
Bukan setakat laicikang dengan harga termurah yg belum pernah Abang Fen temui... ditambahkan lagi keenakkan sengkuang potong yg disapu kuah rojak dan ditabur dengan kacang tumbuk.
Harga setiap keping sengkuag hanya RM0.30 sen sahaja.
Biar betul!! Abang Fen rasa nak pengsan sebab tak percayakan harganya.
You all pun tahukan sikap Abang Fen, kalau ada yg unik saja... mulalah nak ajukan soalan-soalan pada yg empunya gerai.
Soalan pertama Abang Fen mudah jer, macam mana boleh jual makanan semurah ini dan boleh ke dapat untung?
"Ramai pelanggan luar yg ajukan soalan begitu, tapi saya jawab perniagaan ini pada awalnya hanya untuk penduduk kampung terutama kanak-kanak," kata Mimi dengan nada perlahan.
Rupanya bukan Abang Fen seorang yg ajukan soalan sedemikian tetapi dah ramai kerana terkejut.
"Sengkuang calit ini juga saya jual dengan harga 20 sen pada kanak-kanak yg tak cukup wang, malah mi goreng dijual dengan harga RM1.00 pada mereka yg tak cukup duit”, tambah Mimi dengan senyuman.
Abang Fen juga meminta mi bakso versi Malaysia yg dijual di gerai itu dan rasanya sungguh enak dengan bebola daging yg banyak serta potongan daging yg menimbun.
Tidak cukup dengan keistimewaan pada harga, gerai kecil itu turut juga menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada pelanggan terutama untuk warga kampung Permatang Kebun Sireh yg berkunjung ke gerai Mimi.
Gerai yang Abang Fen kunjungi ini bukanlah berada di kawasan luar bandar tetapi Permatang Kebun Sireh ini adalah antara perkampungan Melayu yg dikelilingi oleh pembangunan pesat.
Kedudukannya juga hampir dengan kawasan perindustrian, kawasan perumahan mewah dan Bandar Bukit Mertajam yg sedang pesat membangun.
Sebelum pulang, Abang Fen memesan enam bungkus mi bakso dan 10 bungkus laicikang untuk diberikan kepada rakan-rakan.
You All nak tahu apa kata kawan kawan Abang Fen? "Fuh! sedap betul Fen, mana hang dapat makanan dan minuman sedap macam ini, murah pulak tu"?
Abang Fen berasa puas kerana dapat berkongsikan keistimewaan gerai seperti ini kepada pembaca mStar semua.
Kepada pembaca yg inginkan maklumat lanjut mengenai gerai ini bolehlah hubungi Mimi Abdul Rahim ditalian 012 4110561.
0 Komentar untuk "MENARIK Mi Goreng RM1, Sengkuang Calit RM0.30 sen, Tak Percaya Ke?"