Atilia bersyukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.
Penyanyi Atilia Haron yg baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera bunyi, Adam Sofian Mazlan, 37, pada pagi Ahad merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.
Atilia, 40, berkata, dia enggan menangguhkan perkara itu seperti segelintir pasangan pengantin baru memandangkan usianya dan suami sudah meningkat.
"Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yg sangat memahami saya. Sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi," katanya berseloroh ketika dihubungi mStar Online pada Ahad sejurus selepas perkahwinannya.
Dengan hanya sekali lafaz, Atilia sah bergelar isteri kepada Adam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yg berlangsung di Hotel The Saujana Subang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.
Majlis itu dihadiri seramai 160 orang tetamu yg terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.
Kata Atilia, dia bersyukur, perkahwinannya itu berjalan dengan lancar walaupun persiapan yg dilakukan tidak sampai sebulan.
Atilia dan Adam mula berkawan sejak 12 tahun yang lalu.
"Sepatutnya bukan sekarang kami nak kahwin. Tetapi apabila Adam akan ke Amerika Syarikat selama dua bulan, dan saya pula sibuk dengan kerja-kerja nyanyian dan mengajar yoga, maka kami rasa eloklah jika pernikahan kami disegerakan.
"Alhamdulillah, ia berlangsung dengan lancar pada hari ini (Ahad). Majlis kami pun sederhana, dan inilah yg kami mahukan," ujarnya.
Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Adam di mata Atilia, kata penyanyi lagu Indah itu, dia suka melihat suaminya yg sangat berdisiplin dalam kehidupan hariannya selain seorang yg begitu rajin bekerja.
"Saya suka orang yang tegas. Dia tak banyak cakap, tetapi bijak menguruskan dirinya dengan cara yg sangat berdisiplin.
"Sudah 12 tahun kami berkenalan dan mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah," tuturnya.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia dan yg pertama buat Adam.
Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.
0 Komentar untuk "MENARIK Atilia Enggan Tangguh Timang Anak"