malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014



Penyanyi Stacy yg dilahirkan daripada program Akademi Fantasia musim keenam telah menempa pelbagai kejayaan setelah menjadi juara beberapa tahun lalu. ARTISMELETOP pun melihat Stacy tampil dengan gaya tersendiri serta genre muzik yg pelbagai telah dicubanya.

Terbaru yng KAMI perasan dia telah diangkat oleh produksi dan Akademi Fantasia untuk menjadi juri juara bagi program realiti tersebut yg memasuki musim terbarunya tahun ini. Bukan dia seorang tetapi dia telah ditemani Hafiz mengadili adik-adik baru mereka yg bakal dilahirkan daripada rancangan realiti ini.






Namun pada minggu lalu dilihat teguran dan komen beserta sindiran yang diberikan oleh Ramli M.S sebagai pengkritik tetap telah mengundang ketidakpuasan hati kepada Stacy. Seperti biasa pengkritik tersebut dikenali kerana mulutnya yg lancang itu serta kritikan yg pedas.

KAMI perasan apabila dia menggelar juri juara AF 2014 sebagai juri juara yg pekak dan ia telah mengundang Stacy memuatnaik status di laman sosial Twitter. Walaupun ada yg telah dipadamkan oleh penyanyi lagu Jahat itu namun ARTISMELETOP menemukan juga status tersebut.



Entahlah, KAMI tak ada nak komen apa sangat sebab masing-masing sudah kenal dengan mulut pengarah muzik tersohor itu. begitu juga Stacy pun mesti tahu dengan perangai Dato’ Ramli MS tetapi apakan daya dia juga manusia biasa.

Kalau KAMI pun akan terasa juga bila dikatakan pekak dan ia seakan menunjukkan yg kita tidak professional. Nak pula seorang juara dikata begitu, mana hati tak panas, betul tak? Oops!







 

Related Post:

0 Komentar untuk "GOSIP Stacy Bengang Digelar Juri Juara Pekak Di #AF2014"
Back To Top