Setiap manusia tidak sempurna dan akan sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri kan? Itulah persepsi pertama saya apabila membaca lambakan kritikan yg diterima oleh Fizo Omar.
Ha.. kali ini bukan pasal tudung Fareeda lagi dah. Tapi lebih kepada kutukan yg dilemparkan kepada isterinya, Mawar dek kerana menyarung jersi sebuah pasukan bola yg dikatakan agak ketat pada pandangan orang ramai.
Foto tersebut mula mendapat perhatian para netizen apabila ia dijadikan sebagai profile picture di Facebook Fizo, lantas mengundang perbalahan di kalangan mereka.
![]() |
Foto ‘panas’ Fizo Omar dan Mawar |
Kebanyakan mereka dilihat menyalahkan Fizo yg dikatakan tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami untuk menjaga aurat isterinya.
Malah, ada juga yang mempersoalkan lambang salib yg berada di logo pasukan bola berkenaan dan dikatakan tidak patut disarungkan oleh umat Islam.
Malah, ada juga yang mempersoalkan lambang salib yg berada di logo pasukan bola berkenaan dan dikatakan tidak patut disarungkan oleh umat Islam.
Bagaimanapun, masih ada yg simpati dengan Fizo dan mengeluarkan kata-kata yg berunsur nasihat kepada pasangan itu supaya perbalahan itu menjadi reda.
Macam saya cakap tadi lah. Manusia ni penuh dengan khilaf. Mungkin bila dah dapat banyak kritikan macam ni, Fizo dan Mawar akan jadi lebih alert lepas ni. Tegur menegur tu bagus, tapi janganlah sampai menyumbang aib pula ya!

0 Komentar untuk "GOSIP Jersi Ketat Mawar Punca Fizo Omar Ditegur"