malaynews1. Powered by Blogger.

GILA ! Mahasiswa Usung Mayat Tuntut Kerajaan Mansuhkan Akta Hasutan

Sekumpulan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.  



Mahasiswa Usung Mayat Tuntut Kerajaan Mansuhkan Akta Hasutan , info, terkini, berita, sensasi, isu hangat


Berlangsung selepas solat Jumaat tadi, mereka turut menghantar satu replika jenazah yg siap dikafan sebagai simbolik kepada demokrasi yg 'mati'.

Seorang pegawai dari KDN yg sepatutnya menerima memorandum itu bagaimana pun memulangkan kembali memorandum tersebut.

Pegawai khas KDN, Saufi Abdul Rahman berbuat demikian kerana kumpulan mahasiswa itu bertegas mahu naik ke dalam pejabat KDN.

Mereka bertegas mahu berjumpa dengan menteri untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Akibatnya, berlaku tolak-menolak selama kira-kira 20 minit di antara petugas RELA dan polis yg mengawal pintu masuk bangunan itu dengan kumpulan pelajar terbabit.

Memorandum itu kemudian diterima Saufi yg memberikan komitmennya untuk menyampaikannya kepada menteri.

Kumpulan mahasiswa itu juga bersetuju mengambil semula replika mayat yg dibawa mereka ke KDN.

Presiden Gamis, Abdul Malik Abdul Razak yg mengetuai himpunan ini menuntut KDN "memulihkan semangat dan budaya demokrasi yg sihat dalam negara dan universiti serta menjulang semangat hak asasi manusia".

Beliau menuntut kerajaan agar memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta menggugurkan semua dakwaan berkaitan dengannya.

Beliau juga menuntut agar akta itu tidak digantikan dengan akta lain yg sama.

"Melalui pendakwaan bawah Akta Hasutan 1948 terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom, ia mengundang kebimbangan warga universiti terhadap kebebasan akademik di negara ini," memorandum itu dipetik.

Memorandum itu turut disokong Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan sayap mahasiswa PKR, Mahasiswa Keadilan Malaysia.

Himpunan hari ini bagaimana pun tidak disertai oleh Persatuan Undang-undang Universiti Malaya (UMLS) - sebuah persatuan mahasiswa di tempat Azmi bertugas.

UMLS menegaskan yg mereka percaya kepada perjuangan menegakkan keadilan namun, memilih untuk bersikap berkecuali dalam hal bersifat kepartian.

Bagaimanapun, mereka akan mengikuti perbicaraan Azmi pada 3 Oktober nanti dan pada masa yang sama lebih selesa mencari "saluran lain untuk bertindak secara demokratik".

Himpunan hari ini adalah yg pertama selepas siri dakwaan terhadap ahli politik, tokoh akademik serta aktivis di bawah Akta Hasutan 1948 mutakhir ini.

0 Komentar untuk "GILA ! Mahasiswa Usung Mayat Tuntut Kerajaan Mansuhkan Akta Hasutan"
Back To Top