GEMPAR !! Bapa Bunuh Anak 2 Tahun Kerana Kerap Menangis !!
Agak mengejutkan apabila kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah ditanam ibu bapanya di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil, dekat sini dan ianya dipercayai dibunuh selepas suspek disyaki tidak tahan mendengar mangsa kerap menangis.
Menurut maklumat daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun yg juga kekasih ibu mangsa mengaku bertindak sedemikian dengan menekup mulut kanak-kanak itu menggunakan tangan.
“Hasil siasatan awal, suspek lelaki mengaku menekup mulut mangsa dengan tangan sehingga lemas selepas tidak tahan mendengar kanak-kanak itu menangis. Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada perbuatan itu disengajakan atau sebaliknya.
“Kita juga mengesyaki suspek mungkin panik dengan keadaan mangsa selepas itu sebelum bertindak menanam mayatnya di belakang rumah yg disewa bersama suspek wanita berusia 24 tahun, awal tahun ini,” katanya, semalam.
0 Komentar untuk "GEMPAR !! Bapa Bunuh Anak 2 Tahun Kerana Kerap Menangis !!"