Oleh disebabkan gara-gara cuba mempertahankan beg tangan dan telefon bimbit seorang gadis terpaksa menanggung kesakitan akibat ditetak di bahu dan lengan.
Perkara ini turut dikongsikan sendiri gadis tersebut menerusi akaun Facebook miliknya.
Pada kejadian yg berlaku pada 28 Ogos lalu, mangsa mendakwa dia telah disamun ketika berjalan kaki pulang dari LRT Pandan Indah.
Penyamun yg dipercayai memang menunggu masa sesuai untuk berlari ke arahnya bersama pisau pemotong daging dan bertindak menetak lengan dan bahu apabila kehendaknya dilawan. Dia kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Lagenda berwarna biru.
Apabila mengetahui kisah ini , rakan-rakan mangsa turut memberi nasihat kepadanya bahawa dia tidak sepatutnya melawan apabila berhadapan situasi seperti ini.
Nampaknya, gadis ini turut bersetuju kerana meski pun telefon bimbitnya selamat namun sakit yg dialami tidak berbaloi.
Oleh yang demikian kepada semua kaum wanita di luar sana, sentiasalah berwaspada dan berhati-hati kerana penyamun yg kini berada di mana-mana.
Tapi jika sudah di takdir nasib anda disamun maka biarlah hilang barang asalkan nyawa tidak melayang.
0 Komentar untuk "BERITA !! Penyamun Semakin Ganas , Tetak Gadis Dengan Pisau Pemotong Daging !!"