malaynews1. Powered by Blogger.

BALASAN !! ISTERI DIPUKUL KERANA PAKAI JUBBAH KETAT, SENDAT, DAN MELEKAT !!



Pastinya pertelingkahan suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka dan juga di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera. 



Kejadian itu beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam .

Menurut sumber orang ramai , sebelum kejadian si suami mengajak isterinya makan diluar , namun apabila si isteri mengenakan sehalai jubbah, suaminya memintanya menukar kepada pakaian lain.


Suaminya berpendapat bahawa jubbah yg dipakai isterinya ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam. 



Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yg dipakainya biasa sahaja dan sudah menutup aurat katanya ketika dhubungi semalam.

Menurut sumber lagi, bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa kali.



Tidak cukup dengan itu , dia turut memukul badan mangsa dengan penyangkut baju hingga wanita itu cedera di mulut dan lebam dibadan .



Mangsa yg cedera telah mendapatkan rawatan diklinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak .

Oleh yg demikian sabarlah wahai suami , nasihatlah isteri anda secara baik dan bukannya bertindak secara kasar dan mencederakan isteri. 



Disamping itu juga  isteri juga haruslah berpakaian yg sopan agar menjaga aurat dengan sempurna .

 

0 Komentar untuk "BALASAN !! ISTERI DIPUKUL KERANA PAKAI JUBBAH KETAT, SENDAT, DAN MELEKAT !!"
Back To Top