malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Penyanyi Popular Terbunuh Akibat Kemalangan

EunB meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk dalam satu kemalangan ngeri pada Selasa lalu.

Salah seorang anggota kumpulan Ladies Code iaitu EunB terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yg dinaikinya terlibat dalam kemalangan ngeri pada malam Selasa lalu.





Penyanyi Popular Terbunuh Akibat Kemalangan , info, terkini, berita, luar negara, artis korea maut. sensasi




Portal Soompi melaporkan EunB, 22, mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu dan gagal diselamatkan oleh pihak paramedik sejurus mereka tiba di tempat kejadian.

Semasa kejadian kenderaan tersebut dipercayai terbabas akibat keadaan jalan yg licin sehingga melanggar pembahagi jalan.

Selain EunB, dua anggota lain kumpulan berkenaan iaitu Sojung dan Rise mengalami kecederaan parah namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

Penyanyi Popular Terbunuh Akibat Kemalangan , info, terkini, berita, luar negara, artis korea maut. sensasi




Keadaan kenderaan yg dinaiki Ladies Code mengalami kerosakan teruk.


Bagaimanapun dua ahli lain iaitu Zuny dan Ashley bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan namun trauma dengan kejadian menimpa mereka.

"Kami amat sedih dengan kejadian ini kerana kami kehilangan EunB manakala Rise dan Sojung masih mendapatkan rawatan di hospital.

"Kami masih terkejut dengan kejadian ini," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu kepada media.

0 Komentar untuk "ARTIS Penyanyi Popular Terbunuh Akibat Kemalangan"
Back To Top