Baru-baru ini ada seorang kru produksi mengadu fasal Bront Palarae. Katanya bukan Bront tak bagus berlakon tetapi harga yg diletakkan oleh aktor tersebut terlalu tinggi sampai mereka pening kepala.
Harga tinggi? Tinggi macam mana itu?
Harga tinggi? Tinggi macam mana itu?
Jawabnya, harga yang Bront letak untuk menjayakan sebuah telefilem cukup mengejutkan dan belum pernah mereka bayar kepada mana-mana pelakon lain sebelum ini.
Tak payahlah dedahkan berapa jumlahnya tapi kalau ikut perkiraan kasar memang agak tinggi tetapi berbaloi dengan apa yg mereka mahukan daripadanya.
Apabila berlaku kes macam ini mengingatkan kembali kisah Rozita Che Wan yg demand harga tinggi beberapa tahun lalu. Sampai panaslah punggung orang kuat stesen televisyen mendengar harga tersebut.
Harga bukan soal utama tapi kualiti yg penting. Kalau mereka yakin Bront mampu memberikan yg terbaik kenapa nak berkira soal bayaran?
Kalau tak mampu nak bayar mahal kepada pelakon ada bintang macam Bront, rasanya ramai lagi pelakon lain yg tak ada tawaran boleh mereka beri watak tersebut.
Dalam hal ini pihak produksi perlu tahu nilai seorang pelakon. Anggap pelakon sama sahaja dengan harga sebuah rumah. Lagi lama harga semakin naik, bukan turun macam yg berlaku hari ini.
Tambahan pula telefilem itu akan diulang tayang berpuluh-puluh kali sudah tentu pelakon yg bijak akan demand harga dan tak mahu dipermainkan.
Dalam isu begini kalau tak mampu bayar pelakon tak payah ambil. Kalau nak juga kenalah hormat golongan ini. Tak gitu?
0 Komentar untuk "ARTIS Mahal sangatkah harga Bront?"