malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI ! Polis Tahan Remaja ‘Pailang’ Pukul Budak Di Muar


Semalam kami ada siarkan video viral seorng remaja dibuli rakan sebaya di sebuah ladang di Muar, Johor.

Susulan itu empat remaja lelaki berusia 13, 14 dan 15 tahun kini sudah ditahan polis. Antara mereka ini termasuklah seorang daripadanya yg beraksi ala pailang dlm rakaman tersebut apabila menendang kepala, memukul menggunakan batang kayu dan meludah muka mangsa selepas berpura-pura mahu bersalam.

Siasatan polis mendapati kejadian buli tersebut berlaku jam 5 petang 14 Ogos lalu di tepi ladang kelapa sawit di Air Hitam, Bakri.

Susulan rakaman itu tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu, keluarga mangsa tampil membuat laporan polis pada 25 Ogos dan malam kelmarin.
Tag : terkini
0 Komentar untuk "TERKINI ! Polis Tahan Remaja ‘Pailang’ Pukul Budak Di Muar"
Back To Top