Seorang wanita yg berusia 62 tahun, menjadi wanita paling lama mengandung di luar rahim apabila doktor berjaya mengeluarkan jasad bayi yg dikandungnya itu selepas hampir empat dekad berada dalam badannya.
Jyoti Kumar, yg berasal dari Madhya Pradesh mula-mula hamil pada usia 24 tahun pada tahun 1978.
Pada waktu itu, doktor telah memaklumkan kepadanya bahawa bayi itu mempunyai peluang hidup yg tipis kerana mengandung di luar rahim.
Namun disebabkan takut dengan pembedahan, dia melarikan diri dari hospital dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
Beberapa bulan selepas kesakitan yg dialaminya hilang, Jyoti menyangka masalahnya itu berjaya diatasi.
Bagaimanapun selepas 38 tahun, wanita itu mula sakit di bahagian perut dan selepas mendapatkan rawatan, doktor terkejut menemui tulang bayi dalam perutnya.
Pada mulanya, doktor menyangka kesakitan itu disebabkan ketumbuhan yg dikhuatiri kanser, namun selepas imbasan dilakukan, barulah mereka mengetahui perkara sebenar.
0 Komentar untuk "PELIK ! Wanita Mengandung Sejak Tahun 1978!"