Kebiasaan seorang budak lelaki yg hanya mahu ditemani ular ketika tidur mengejutkan ramai orang dan menjadikan rumah mereka di Malimongan, Makassar tumpuan ramai.
Bagi Dhiaz Ahmad Zidan, 2, teman paling disenangi untuk melelapkan mata ialah ular sawa seberat 40 kilogram yg dilayannya seperti patung mainan.
Selain itu, ada 28 ular lain yg menjadi haiwan peliharaan ibu bapanya, Fatimah, 36, dan Yudhi Pramono, 38.
Pada ketika lain Dhiaz menjadikan ular berkenaan sebagai peneman untuk bermain-main.
Kata Yudhi, setiap kali Dhiaz mahu tidur budak itu akan gelisah jika tiada ular menjadi peneman.
“Hanya selepas dia puas bermain dengan ular, barulah haiwan itu saya simpan di dalam sangkar,” katanya.
Jika tidak dilayan begitu, kata Yudhi, Dhiaz akan menangis.
Katanya, kebiasaan tidur ditemani ular mula terjadi sejak Dhiaz berusia 2 bulan.
“Kebiasaan itu menyebabkan jiran tetangga takut atau geli,” katanya.
Selain ular sawa Yudhi dan Fatimah turut membela beberapa ular jenis lain termasuk yang berbisa.
‘Teman’ paling akrab Dhiaz ialah ular sawa sepanjang 4.25 meter yg berusia 14 tahun.
Yudhi menjadikan ular ditemuinya di beberapa daerah di Indonesia sebagai koleksi.
Kata Yudhi hobi membela ular itu diwarisi daripada neneknya.
“Bagi kami, ular ini seperti sebahagian daripada keluarga,” katanya.
Tag :
berita dunia,
Pelik
0 Komentar untuk "PELIK ! Ular Peneman Tidur Budak Lelaki Di Indonesia"