SEBENTAR tadi kami kongsikan cerita mengenai perihal rumahtangga pasangan pengarah, Erma Fatima dan Bade Azmi yg dikatakan sedang bergolak.
Kali ini, kami mengesan satu lagi cerita panas menerusi ruangan komen di ‘page’ hiburanRotikaya.
Khabarnya, isteri baru Bade yg dikenali sebagai Aida itu sudah pun mengandung.
Namun, apa yg kurang enaknya, dia dikatakan meletakkan ‘caption’ dalam Instagramnya yg menggambarkan dia tidak mahu ‘berkongsi’ anak itu dengan orang lain.
Justeru, ada yg menganggap ia ditujukan kepada Erma Fatima.
Bagaimanapun, sejauh mana kesahihahnya tidak dapat kami pastikan kerana akaun tersebut disetkan untuk tatapan pihak tertentu sahaja.
Tapi kalau benar sekalipun, mungkin Erma tak kisah pun bab-bab ‘berkongsi’ ini kerana dia sudah punyai ramai anak yg boleh membahagiakannya walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri…
0 Komentar untuk "GOSIP Isteri Kedua Bade Mengandung, Tak Mahu ‘Kongsi’ Anak?"