Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkn lelaki mengintai wanita di bilik mandi.
Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.
“Perbuatan itu boleh diterima asalkn niatnya suci,” katanya.
‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.
Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yg akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkn.
Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.
Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untk menikahi wanita tersebut.
“Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkn amalan mengintai wanita di bilik mandi?” katanya.
Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untk suami dan mahram.
Lelaki juga diharamkn melihat aurat wanita.
“Islam mengajar supaya umatnya bersopan.
“Jika fatwa Usamah diterima, apakah akn berlaku kepada anak-anak anda semua?” katanya.
0 Komentar untuk "DUNIA ! 'Ulama' Mesir keluar fatwa halal intai wanita mandi"