malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Rakyat Singapura Marah Insiden Wanita Berak Di Tempat Awam



Rabu lalu, masyarakat Singapura hangat memperkatakan tentang gambar seorang wanita pendatang asing dari China membuang air besar di tempat awam secara selamba yg menjadi viral di laman siber.



Rata-rata berasa marah dengan insiden ini dan menyifatkan mereka sudah muak dengan perangai pendatang asing China yg gemar berkelakuan tidak beradab dan mencemarkan keindahan negara mereka.

Rungutan rakyat ini nampaknya diambil serius oleh Kerajaan Singapura yg segera mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cara penyelesaian.

Hasilnya satu sidang media diadakan semalam bagi mengumumkan hukuman baru jika membuang air kecil mahu pun besar di tempat awam sekitar Singapura berkuat kuasa mulai hari ini (15 Ogos 2014) iaitu:

1) Denda $1000 (RM2537) jika ditangkap buang air di khalayak ramai.

2) Penjara 12 bulan atau lebih dan 6 sebatan bagi kesalahan kali kedua.

3) Pesalah akan dihantar menjalani Corrective Training di mana mereka dikehendaki mencuci tandas awam di tempat paling sibuk di Singapura selama sebulan. Jika tidak memuaskan, tempoh cuci tandas awam ini akan dilanjutkan.

4) Orang ramai digalakkan merakam pesalah yang membuang air di tempat awam dan bakal menerima voucer bernilai $100 sebagai penghargaan selepas pesalah berjaya diberkas.

Hai, macam-macam kan?

Mujurlah berak merata-rata bukan salah satu masalah yg perlu diselesaikan Malaysia berkaitan isu pendatang asing di negara ini.
0 Komentar untuk "BERITA Rakyat Singapura Marah Insiden Wanita Berak Di Tempat Awam"
Back To Top