Gegantung yg diletakkan di Kampung Gelugor bagi memberi amaran kepada peragut.
Itulah amaran yg diberikan penduduk Kampung Gelugor di sini berhubung kekerapan kejadian kes ragut yg berlaku di kawasan berkenaan.
Kain rentang amaran tersebut diletakkan berhampiran jalan masuk ke Kampung Gelugor.
Salah seorang penduduk, Zaharah S Jaafar, 62, berkata, usaha tersebut dilakukan bagi menakutkan peragut yg sebelum ini begitu berani ‘mengganggu’ ketenteraman penduduk kampung.
Menurutnya, terbaru jirannya turut diragut dua penunggang motosikal.
“Pada masa itu kalau diikutkan dari gelagat lelaki tersebut, mereka kelihatan berpakaian kemas dan bukannya nampak seperti selekeh.
“Kami juga ingatkan mereka mungkin kontraktor, tidak lama kemudian terdengar jiran kami menjerit-jerit, rupanya dia sudah meragut barang kemas,” katanya.
Disebabkan marah dengan peragut yg tidak berperikemanusiaan, penduduk mengambil inisiatif memasang gegantung sebagai tanda amaran.
Sementara itu, bagi Norzaini Shukor, 51, dia kini lebih berhati-hati sekiranya mengunjungi kedai runcit di lokasi sama.
Menurutnya, peragut datang pada waktu yg mungkin tidak dapat dijangka orang ramai.
“Jika mereka semakin bijak, kita juga kena bijak kerana modus operandi yg dilakukan berbeza-beza, jika barang kita sahaja yg diambil mungkin tidak mengapa.
“Tetapi sekiranya mungkin kehilangan nyawa atau kecederaan, itu lebih bahaya,” katanya.
0 Komentar untuk "Awas Peragut!! Kali Ni Kalau Dapat, Memang Makan Tak Habis!!"