SEJAK dua menjak ini, makin kerap pula kontroversi yg melanda isteri pelakon dan pelawak terkenal ini. Iyalah, dah namanya pun selebriti kan?
Korang ingat lagi tak desas-desus kononnya Ozlyn membuka aib suaminya, Johan? Hah, sekarang timbul pula kisah Ozlyn bengang dngn segelintir pengikut Instagram miliknya.
Ceritanya begini, semalam Ozlyn telah memuat naik sekeping foto anak-anaknya sedang sembahyang bersama. Sejuk je mata kami memandang. Namun, tiba-tiba foto tersebut dijadikan medan perdebatan. Nak tahu kenapa?
Haa, rupa-rupanya peminat tersebut telah menegur cara anaknya yg berusia 4 tahun bersujud dngan betul supaya solatnya sah.
Dek kerana itu, Ozlyn telah membalas teguran tersebut dan memberitahu bahawa anak kecilnya itu kini sedang dalam proses pembelajaran dan tak perlulah perkara kecil sebegini dijadikn isu.
Hmm, tapi apa yg kelakarnya, ada saja peminat yg seolah-olah ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan menegur perkara yg tiada kena mengena dengan gambar tersebut.
Ada yg suruh Ozlyn memakai tudunglah, ada yg menegur Ozlyn berpakaian ketat ketika hamil, eh, macam-macamlah. Lalu, Apa lagi, terjadilah perang komen di Instagram Ozlyn.
Boleh tahan padu juga jawapan Ozlyn kepada pengikut Instagramnya itu. Sekali baca memang pedas. Namun, nampaknya Ozlyn wat lek wat peace je dengan komen sebegitu. Siap mendoakan yg baik-baik lagi untuk peminatnya.
Tak apalah Ozlyn, anggap je teguran itu sebagai ujian dan cabaran menjadi anak seni. Cewah! Apapun, kami harap Ozlyn ceria selalu bersama suami dan anak-anak tercinta. – OhBulan
0 Komentar untuk "ARTIS Isteri Johan Bengang Cara Anak Bersolat Ditegur"