malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI Russia Puji Sikap Kerajaan Malaysia

Kerajaan Rusia hari ini mengucapkn terima kasih dan memuji kerajaan Malaysia kerana bersikap berkecuali sementara menunggu sehingga selesai siasatan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yg dipercayai ditembak jatuh.
   

Russia Puji Sikap Kerajaan Malaysia

Duta Rusia di Malaysia Lyudmila Vorobyeva berkata, ketika banyak negara saling menuding jari dan menyalahkn Rusia berikutan insiden berkenaan, Malaysia terus bersikap tidak memihak dan memberi tumpuan kepda keputusan akhir siasatan itu.
   
"Kami amat menghargai pendirian berkecuali kerajaan Malaysia, tidak menyalahkn sesiapa sebelum sebarang bukti nyata dapat dikemukakn hasil keputusan siasatan antarabangsa.
 
"Kami sangat menghargai, kami sangat berterima kasih kepda kerajaan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di kedutaan itu di sini hari ini.
   
Penerbangan MH17 MAS sedang dalm perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orng - 283 penumpang dan 15 kru.
   
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
   
Menjelaskn lebih lanjut tentang hubungan antara Rusia dan Malaysia, Vorobyeva berkata insiden tragik itu tidak menjejaskn hubungan itu yg diwujudkan dalm cara yg positif selama bertahun-tahun.
   
"Banyak bidang, daripada dialog politik sehinggalah perdagangan, mencatatkn peningkatan sebanyak 60 peratus tahun lepas. Di Rusia juga terdapat kira-kira 6,000 pelajar Malaysia.
   
"Harapan ikhlas kami adalah kita akan kekalkan hubungan dua hala yg positif dan dinamik ini," katanya.

Vorobyeva berkata tidak adil untk terus menyalahkn Rusia atau puak pemisah y didakwa disokong Rusia di Ukraine yg menembak jatuh jet berkenaan memandangkn sehingga kini belum ada bukti dikemukakn bagi menyokong dakwaan itu.
   
Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali disebabkn bukti yg didakwa itu dalm bentuk rakaman audio dan gambar yg disediakn Ukraine adalah palsu dan pita itu mengemukakn kompilasi dalm tempoh berlainan.
   
"Ia telah dianalisis pakar, ia adalah kompilasi rakaman, ada yg dibuat sebelum nahas... gambar, rakaman, adalah palsu," katanya.
   
Vorobyeva berkata pemberontak hanya mempunyai sistem pertahanan udara mudah alih, dngan keupayaan sekitar 5 kilometer, dan ia ditawan daripada tentera Ukraine.
   
"Tentera Ukraine, bagaimanapun, memang ada sistem peluru berpandu yg diatur kedudukannya di wilayah itu, menurut angkatan tentera Rusia. Pemberontak (malah) tidak mempunyai kapal terbang atau jet pejuang.

"Jika anda tanya saya, saya yakin tiada cara untk mereka melakukannya. Mereka tidak mempunyai sumber untk melakukannya. Pemberontak tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan untk mengendaliknnya (sistem peluru berpandu Buk), tetapi tentera Ukraine memilikinya," katanya.
   
Bagaimanapun, Vorobyeva menegaskn kerajaan Rusia tidak mahu membuat tuduhan tanpa bukti kukuh.
   
Oleh itu, beliau berkata kerajaan Rusia berulang kali menggesa supaya siasatan menyeluruh dilakukn sehingga membawa kepda bukti pihak yg bertanggungjawab terhadap insiden itu. - Bernama

0 Komentar untuk "TERKINI Russia Puji Sikap Kerajaan Malaysia"
Back To Top